Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempahan diperlukan bagi solat tarawih di 10 masjid dengan permintaan tinggi: MUIS

Masyarakat Islam perlu menempah tempat bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadan di 10 masjid tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan diperlukan bagi solat tarawih di 10 masjid dengan permintaan tinggi: MUIS

Antara acara pembukaan pada hari kedua Masjid Yusof Ishak. (Gambar: BERITAMediacorp)

SINGAPURA: Masyarakat Islam perlu menempah tempat bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadan di 10 masjid tempatan.

10 masjid itu dipilih berdasarkan ruang masjid yang terhad serta permintaan para jemaah yang tinggi.

Masjid-masjid tersebut adalah:
1) Masjid Al-Islah
2) Masjid Al-Istighfar
3) Masjid Al-Taqua
4) Masjid Darul Ghufran
5) Masjid An-Nur
6) Masjid Darul Makmur
7) Masjid Yusof Ishak
8) Masjid Al-Abrar
9) Masjid Tasek Utara
10) Masjid Al-Khair

Menerusi catatan di Facebook, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan bahawa langkah tersebut merupakan antara usaha untuk meneruskan amalan terbaik yang dimulakan semasa pandemik COVID-19.

Penempahan slot akan bermula pada Khamis ini (17 Mac) dan boleh dilakukan menerusi lelaman prayerbooking.ourmasjid.sg

MUIS menyatakan bahawa kesemut 67 masjid di Singapura akan menyediakan sebanyak 98,550 ruang solat untuk para jemaah sepanjang bulan Ramadan.

MUIS memberi jaminan bahawa ruang solat bagi kaum Muslimah juga akan disediakan di kebanyakan masjid.

Meskipun tempahan slot diperlukan di 10 masjid itu bagi solat Isyak dan tarawih, ia tidak diperlukan bagi sesi-sesi qiyamullail pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Dalam catatannya di Facebook, MUIS juga melahirkan penghargaan kepada masyarakat Islam kerana telah menunjukkan kesabaran dan bekerjasama dalam perjalanan memulakan semula kegiatan-kegiatan di masjid dengan selamat.

Namun, dengan banyak pelonggaran sekatan, MUIS masih mengharapkan masyarakat Islam setempat dapat meneruskan amalan terbaik.

Dalam hal itu, MUIS menggalak masyarakat Islam untuk berbuka puasa dan menjalankan solat tarawih di rumah, meskipun ruang-ruang makan bersama akan disediakan untuk para jemaah di masjid-masjid.

Para jemaah juga digesa untuk membawa sejadah mereka sendiri ke masjid, serta mengambil wudhu sebelum tiba di masjid.

Selain itu, mereka yang kurang sihat juga dinasihati untuk tidak menunaikan solat di masjid.
Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan