Tempahan bagi wang kertas 'baik seperti baharu' sempena Tahun Baharu Cina bermula pada 17 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock/Calvin Chan Wai Meng)
SINGAPURA: Tempahan untuk mengambil wang kertas 'baik seperti yang baharu' sebagai angpau sempena Tahun Baharu Cina akan bermula dari Rabu (17 Jan), umum Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin (15 Jan).
Sebagai sebahagian daripada usaha menggalak kemampanan alam sekitar, MAS mendorong orang ramai supaya memberi wang kertas 'baik seperti yang baharu' atau angpau digital pada Tahun Baharu Cina ini.
Wang kertas tersebut "secara amnya bersih dan mempunyai mutu yang sesuai untuk diedarkan semula, termasuk sebagai hadiah semasa musim perayaan," tambah MAS.
Pelanggan DBS, OCBC dan UOB boleh membuat tempahan online bagi wang kertas 'baik seperti yang baharu' atau baharu bermula 17 Januari. Mereka boleh membuat tempahan baharu pada tarikh yang sama untuk wang kertas baharu.
Pelanggan ketiga-kita bank tempatan harus membuat tempahan untuk mengambil wang kertas tersebut di cawangan bank. Pengambilan wang kertas yang ditempah awal bermula dari 24 Januari.
"Ketika membuat tempahan awal secara online, orang awam harus melakukannya melalui laman web rasmi atau aplikasi perbankan telefon bimbit," tambah MAS.
"Untuk melindungi pelanggan daripada penipuan pancingan, bank tidak akan menghantar sebarang mesej SMS yang mengandungi pautan kepada pelanggan."
Bagi DBS, OCBC dan UOB, hanya warga emas berusia 60 tahun ke atas atau mereka yang kurang upaya dibenarkan untuk menukar wang kertas lama di cawangan bank kepada wang kertas baik seperti baharu bermula 24 Januari.
Orang ramai juga boleh mengeluarkan wang kertas baik seperti baharu atau wang kertas baharu di 'pop-up' dan ATM ketiga-tiga bank yang terpilih.
Pada Tahun Baharu Cina tahun lalu, orang ramai bertukar lebih daripada 11 juta wang kertas baik seperti baharu.
"Ini menyebabkan penjimatan pelepasan karbon sebanyak kira-kira 400 tCO2e gas rumah hijau, bersamaan dengan pelepasan karbon setahun daripada menjana kuasa kepada kira-kira 220 flat perumahan awam empat bilik."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.