Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempahan bagi SalamSG Korban 2022 ditutup hari ini

Tempahan bagi SalamSG Korban tahun ini akan ditutup pada pukul 6.00 petang hari ini (5 Jul), menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di laman Facebooknya hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan bagi SalamSG Korban 2022 ditutup hari ini

Gambar hiasan kambing di Australia. (Gambar hiasan: Peter Parks/AFP)

SINGAPURA: Tempahan bagi SalamSG Korban tahun ini akan ditutup pada pukul 6.00 petang hari ini (5 Jul), menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di laman Facebooknya hari ini.

Setakat Isnin (4 Jul), lebih 1,000 kambing biri-biri masih ditawarkan oleh 20 masjid.

Orang ramai yang mahu melakukan ibadah korban digalakkan supaya membuat tempahan dan bayaran melalui https://korban.ourmasjid.sg/ sebelum pukul 6.00 petang ini.

Mereka juga boleh mendaftar di masjid-masjid yang masih menerima tempahan.

Menurut MUIS, penyembelihan kambing korban akan dijalankan pada hari-hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Julai ini.

Oleh itu, sohibul korban yang sedang mengamalkan sunnah tidak memotong rambut dan kuku diingatkan supaya menunggu sehingga Hari Tasyrik berakhir, jelas MUIS.

Sohibul korban juga diingatkan supaya menyediakan nombor telefon dan alamat yang betul bagi memudahkan pihak masjid untuk menghubungi mereka selepas penyembelihan korban mereka sudahpun dijalankan dan bagi mengemas kini jadual penghantaran daging korban.

Mereka juga boleh menghubungi masjid tempahan mereka bagi memeriksa status korban masing-masing.

"Jawatankuasa SalamSG Korban mengucapkan terima kasih kepada semua sohibul korban yang sudah memberikan kami amanah bagi korban tahun ini dan memohon doa dari semua bagi operasi lancar di Australia dan seterusnya penghantaran ke Singapura kepada sohibul korban dan para penerima bantuan lain, termasuk para penerima zakat kami," tulis MUIS dalam catatannya.

Tahun ini, sebanyak 54 masjid menawarkan ibadah korban yang diselaraskan oleh SalamSG Korban.

Kambing korban yang ditawarkan adalah antara S$350 hingga S$370 seekor.

Daging korban akan mula diagihkan pada Khamis (14 Julai) sehingga Ahad (7 Ogos).
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan