Tempahan bagi kereta sewa semasa cuti Tahun Baru Cina melonjak walau harga lebih tinggi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tempahan bagi kereta sewa semasa cuti Tahun Baru Cina melonjak lebih 60 peratus kali ini berbanding tahun lalu.
Ini meskipun syarikat-syarikat yang Mediacorp temui menyatakan harga sewa tahun ini sekurang-kurangnya 15 peratus lebih mahal daripada biasa.
Syarikat Motorway melancarkan pakej sewa kereta pada cuti Tahun Baru Cina seawal November tahun lalu.
Walaupun harganya kali ini sekitar 30 hingga 40 peratus lebih mahal, 90 peratus kenderaannya sudahpun ditempah.
Motorway menyatakan permintaan bagi kereta sewa tahun ini naik sehingga dua kali ganda berbanding tahun lalu.
Ada juga syarikat yang menyatakan ia sudah mendapat pertanyaan pelanggan seawal pertengahan tahun lalu.
Kebanyakan tempahan dibuat pada penghujung tahun 2022 disebabkan para pelanggan tidak mahu terkesan dengan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Platform tempahan online Drivelah pula menyaksikan tempahannya naik lebih dua kali ganda tahun ini.
Malah, sekitar 30 peratus daripada pelanggan yang menyewa kereta di platform Drivelah akan melakukan perjalanan ke seberang tambak pada Tahun Baru Cina nanti.
Lazimnya, harga untuk menyewa kereta semasa Tahun Baru Cina naik sehingga $20 sehari.

Sumber : CNA/RU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.