Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tembok ucapan di WGS rakam mesej memperingati mangsa serangan Christchurch

Satu tembok ucapan disediakan khas di Wisma Geylang Serai hari ini (29 Mac) untuk orang ramai merakamkan mesej dan ucapan takziah kepada para keluarga mangsa serangan pengganas Christchurch.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu tembok ucapan disediakan khas di Wisma Geylang Serai pada Jumaat (29 Mac) untuk orang ramai merakamkan mesej dan ucapan takziah kepada para keluarga mangsa serangan pengganas Christchurch.

Sesi tanda memperingati mereka itu dianjurkan Persatuan Seni Budaya Kreatif Melayu (CMAC), salah satu agensi pusat sehenti Melayu/Islam KURNIA@WGS, dengan disokong Wisma Geylang Serai (WGS).

Tembok ucapan tersebut adalah wadah untuk masyarakat setempat menunjukkan pendirian tegas dalam usaha mereka menentang semua bentuk keganasan sedang seluruh dunia memperingati tragedi yang meragut 50 jiwa itu, dua minggu lalu.

"Apa yang dilakukan di New Zealand di pihak pemerintah dan rakyatnya adalah satu contoh yang baik. Satu contoh perpaduan, kesatuan yang juga kita perlukan di Singapura dalam menghadapi cabaran, dalam menghadapi keganasan walaupun dengan harapan sesuatu yang begitu tidak jadi, kita harus bersiap sedia, kita harus terus bersatu padu," ujar pengerusi CMAC, Maidin Packer.

Pihak penganjur juga berharap menerusi acara itu, masyarakat majmuk Singapura dapat mengambil iktibar daripada peristiwa di Christchurch demi kesejahteraan negara.

Khalayak umum boleh menulis mesej dan meluahkan pandangan serta isi hati mereka berkenaan kejadian tersebut hingga 31 Mac.

Semua mesej tersebut akan dikumpulkan dalam sebuah buku peringatan dan disampaikan kepada Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dan warga negaranya menerusi Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Singapura pada Isnin (1 Apr). 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan