Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Temasek Shophouse akan diperluas jelang 2025; ruang lebih besar bagi projek sosial & sekitaran

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menjelang 2025, akan ada ruang lebih besar untuk projek-projek yang menangani isu-isu sosial atau sekitaran.

Hab kerja bersama Temasek Shophouse kendalian sayap amal Temasek Holdings, ingin berkembang.

Ia sudahpun mengambil alih tiga unit rumah kedai yang bertentangan dengan hab sedia ada di Orchard Road.

Kerja-kerja pembaikan akan bermula pada suku keempat tahun ini secara bertahap-tahap.

Keadaan amat tenteram sejenak sebelum kerja-kerja binaan dimulakan.

Para pengunjung berpeluang menikmati ciri-ciri asli rumah kedai lama itu.

Sepanjang sejarahnya, deretan bangunan di Orchard Road itu digunakan untuk pelbagai tujuan.

Bekas peninggalan sejarah jelas kelihatan di pelbagai sudutnya, dan akan dikekalkan, meskipun ruang yang lain akan diberi sentuhan moden.

Bangunan kuning terang itu bakal bergabung dengan unit-unit bersebelahan sebagai ruang tambahan bagi hab kerja bersama Temasek Shophouse.

Sejak dibuka pada 2019, hab tersebut telah menerima sekitar 60,000 pelawat, serta menganjurkan lebih 100 acara.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk ia berkembang bagi memenuhi keperluan yang terus meningkat.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan