Temasek potong faedah pasukan pelaburan, pengurusan kanan atas kegagalan pelaburan FTX
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ROSLAN RAHMAN)
SINGAPURA: Pasukan pelaburan dan pihak pengurusan kanan Temasek Holdings memikul tanggungjawab secara bersama-sama dan "faedah mereka dipotong" selepas syarikat itu gagal dalam pelaburannya dalam syarikat mata wang kripto FTX. Demikian menurut pengerusinya, Lim Boon Heng, pada Isnin (29 Mei).
"Berhubung FTX, seperti yang didakwa pendakwa raya dan diakui beberapa eksekutif utama FTX serta sekutunya, terdapat kelakuan menipu yang sengaja disembunyikan dari para pelabur, termasuk Temasek," kata Encik Lim dalam satu kenyataan.
"Walau bagaimanapun, kami kecewa dengan hasil pelaburan kami dan kesan negatif terhadap reputasi kami," tambahnya.
Sebuah pasukan bebas sudah menjalankan semakan dalaman terhadap pelaburan syarikat tersebut dan hasil dapatannya dibentangkan kepada Jawatankuasa Lembaga Risiko & Kemampanan Temasek serta para anggota lembaganya.
"Meskipun tiada sebarang salah laku oleh pasukan pelaburan dalam mencapai cadangan pelaburan mereka, pasukan pelaburan dan pengurusan kanan, yang akhirnya bertanggungjawab ke atas keputusan pelaburan yang dibuat, memikul tanggungjawab secara bersama-sama dan faedah mereka dipotong," kata Encik Lim.
Kenyataan oleh Temasek bagaimanapun tidak menyebut jumlah potongan faedah itu atau berapa ramai kakitangan yang terjejas.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.