Skip to main content

Singapura

Temasek peruntuk S$100j dalam modal konsesi bagi inisiatif tindakan iklim

Anggaran Waktu Membaca:
Temasek peruntuk S$100j dalam modal konsesi bagi inisiatif tindakan iklim

Pengerusi Temasek Holdings, Lim Boon Heng. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

SINGAPURA: Temasek memperuntukkan S$100 juta dalam modal konsesi bagi inisiatif tindakan iklim.

Modal konsesi merujuk kepada pembiayaan dengan syarat yang lebih baik daripada yang ada di pasaran,seperti kadar faedah yang lebih rendah atau tempoh pembayaran balik yang lebih lama.

Matlamat insiatif tersebut adalah untuk menyokong projek-projek yang biasanya dianggap kurang menguntungkan oleh sektor swasta, seperti penanaman bakau atau membina infrastruktur yang mampan.

Mengulas mengenai insiatif tersebut, Pengerusi Temasek Holdings, Lim Boon Heng berkata: "Ini akan dibiayai oleh hadiah masyarakat kami, dan kami percaya terdapat kesan pemangkin – dengan menggerakkan pembiayaan daripada sumber lain seperti penyedia modal awam, swasta dan dermawan. Dolar dermawan kami akan diperkuatkan apabila lebih banyak dana disalurkan bagi tindakan iklim."

Sempena meraikan ulang tahun ke-50nya, sebuah buku yang menyingkap peristiwa pentingnya, telah dilancarkan.

Bahan-bahan bagi buku tersebut adalah hasil penyelidikan dan temu bual dengan kira-kira 90 kakitangan, alumni dan rakan kongsi perniagaan.

Ia bukan untuk dijual tetapi salinan PDF boleh dimuat turun secara percuma.

Temasek juga telah membiayai satu siri Youtube lapan bahagian dan dokumentari TV untuk disiarkan di Mediacorp.

Pada Jun lalu, ia turut menyumbang S$150 juta - hadiah komuniti yang dipanggil T-Spring - untuk membina tenaga kerja 'yang bersedia dalam masa depan' melalui pembangunan kemahiran dan pemberian biasiswa.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita