Temasek pertimbang tawarkan bon Dolar Singapura 5 tahun bernilai S$350 juta
Syarikat pelaburan negara,Temasek, sedang menimbangkan penerbitan bon Dolar Singapura untuk tempoh lima tahun buat pusingan kedua. Ia dijangka ditawarkan kepada para pelabur runcit tidak lama lagi.
(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Syarikat pelaburan negara, Temasek, sedang menimbangkan penerbitan bon Dolar Singapura untuk tempoh lima tahun buat pusingan kedua. Ia dijangka ditawarkan kepada para pelabur runcit tidak lama lagi.
Semasa pusingan pertama, permohonan yang diterima lapan kali ganda daripada jumlah bon yang ditawarkan.
Tawaran bon itu dijangka bernilai sekitar S$350 juta dengan tempoh matang dijamin dalam tahun 2026.
Jumlah itu mungkin ditambah kepada S$500 juta jika permohonannya begitu tinggi.
Sebagai permulaan, kadar faedah bon itu ialah 1.86 peratus.
Orang awam boleh membeli sekurang-kurangnya S$1,000 bagi setiap permohonan. Harga permulaannya ialah S$1,000.
Butiran lanjut mengenai tawaran bon itu akan diumumkan tidak lama lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.