Temasek mulakan semakan dalaman susuli kegagalan pelaburan FTX
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/ROSLAN RAHMAN)
SINGAPURA: Syarikat pelabur negara Temasek sudah memulakan satu semakan bebas dalaman berikutan pelaburannya yang gagal dalam firma mata wang kripto, FTX.
Menjawab pertanyaan di Parlimen, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata langkah menghapus kira nilai pelaburannya dalam FTX tidak akan menjejas sumbangan pulangan pelaburan bersih Singapura, yang membantu membiayai perbelanjaan Pemerintah.

Beliau berkata sumbangan itu terikat dengan pulangan jangka panjang keseluruhan entiti pelaburan Singapura dan bukan kepada pelaburan individu.
DPM Wong yang juga Menteri Kewangan, berkata selepas menghapus kira nilai pelaburannya, portfolio peringkat awal Temasek pada Mac tahun ini menjana kadar pulangan dalaman yang lebih baik daripada purata industri.
"Pada akhirnya, pemerintah mempertanggungjawabkan lembaga pengarah dan pasukan pengurusan yang ditugaskan untuk menetapkan strategi pelaburan yang selaras dengan keseluruhan kemampuan Pemerintah untuk menerima risiko, kata Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong.
"Akan sentiasa terdapat gelombang baru inovasi dan teknologi yang akan mengganggu status quo. Sesetengah gelombang itu akan menjadi gembar-gembur dan makin lama, makin hambar.
"Teknologi-teknologi lain akan terbukti mencetuskan pembaharuan dan transformasi seperti internet.
Walaupun dengan teknologi yang benar-benar mencetuskan pembaharuan, akan terdapat risikonya. Sikap pengambilan risiko adalah bahagian penting apabila membuat pelaburan sedemikian," tambah beliau.
DPM Wong menegaskan bahawa melabur dalam mata wang kripto menimbulkan risiko terhadap para pengguna runcit.
Beliau berkata langkah-langkah perlindungan pelaburan asas seperti ujian kesedaran risiko bagi para pengguna sedang diusahakan.
Bank pusat Singapura akan mengumpulkan maklum balas dan cadangan awam sebelum menentukan peraturan.

Sumber : CNA/AI/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.