Temasek Holdings sertai Libra yang disokong Facebook
Syarikat pelaburan negara Temasek menyertai projek Libra yang disokong Facebook, untuk mewujudkan sebuah rangkaian pembayaran digital sejagat.
Gambar fail. (Gambar: Reuters)
SAN FRANCISCO: Syarikat pelaburan negara Temasek menyertai projek Libra yang disokong Facebook, untuk mewujudkan sebuah rangkaian pembayaran digital sejagat.
Temasek adalah antara tiga ahli baru yang diumumkan oleh Persatuan Libra yang berpangkalan di Switzerland.
Dua lagi syarikat pelaburan mata wang krypto adalah Paradigm dan kumpulan equiti privet Slow Ventures.
Buat masa ini, Libra dijadualkan dilancarkan tahun ini.
Para penyokong Libra menyatakan bahawa ia boleh membantu mereka di luar sistem perbankan dengan mengurangkan kos urus niaga bagi pelbagai jenis pembayaran dan urus niaga.
Para pengkritik bagaimanapun berpendapat Libra boleh mengganggu sistem kewangan sejagat dan pasaran mata wang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.