Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Temasek dalam perbincangan beli taruhan rangkaian hospital Cloudnine India

Anggaran Waktu Membaca:
Temasek dalam perbincangan beli taruhan rangkaian hospital Cloudnine India

Gambar logo Temasek Holdings. (Gambar: TODAY / Robin Choo)

BENGALURU: Syarikat pelabur negara Singapura, Temasek, sedang dalam perbincangan untuk membeli pegangan saham minoriti dalam Cloudnine Hospitals. Rangkaian hospital India itu dinilai sebanyak 30 bilion rupee (S$485 juta), lapor The Economic Times pada Khamis (16 Feb).

Temasek berkemungkinan melabur sekitar 5 bilion rupee (S$81 juta) bagi pegangan saham sebanyak 15 hingga 20 peratus dalam rangkaian hospital bersalin, ginekologi dan pediatrik melalui unit Sheares Healthcare miliknya.

Demikian menurut laporan The Economic yang memetik dua inidividu yang mengetahui tentang perkembangan perbincangan itu.

Selain Temasek, pelabur asal NewQuest Capital akan meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat yang berpangkalan di Bengaluru itu dengan pelaburan sekitar 2 bilion rupee (S$32 juta), menurut laporan tersebut.

Temasek, Cloudnine dan NewQuest tidak memberi respons kepada permintaan Reuters bagi sebarang komen.

Cloudnine dilaporkan sudah bersetuju untuk menjual sejumlah saham syarikat itu kepada orang ramai pada Februari lalu untuk mengumpul dana sebanyak 12 bilion rupee (S$194 juta).

Namun rancangan tersebut ditangguhkan disebabkan pasaran yang tidak stabil.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan