Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teluk di Pulau St John's kembali dibuka awal tahun depan

Sebuah teluk di Pulau St John's yang sebelum ini ditutup, akan kembali dibuka kepada orang ramai pada awal tahun depan.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2020 08:23PM Dikemas Kini : 13 Dec 2020 08:53PM

SINGAPURA: Sebuah teluk di Pulau St John's yang sebelum ini ditutup, akan kembali dibuka kepada orang ramai pada awal tahun depan.

Pembukaan semula teluk itu diumumkan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan Speaker Tan Chuan-Jin semasa satu lawatan hari ini (13 Dis).

Dinamakan 'Bendera Bay', nama teluk itu sebenarnya mengikut nama asal Pulau St John's dalam Bahasa Melayu, iaitu Pulau Sekijang Bendera.

Seluas empat hektar dan terletak di bahagian timur pulau tersebut, ia menempatkan pelbagai habitat semula jadi, seperti terumbu karang dan pokok-pokok bakau.

Orang ramai hanya boleh berkunjung ke Bendera Bay menerusi lawatan-lawatan berpandu yang akan dikendalikan bekas para penduduk di situ.

Pembukaan teluk itu antara lain bertujuan mendidik rakyat Singapura tentang warisan budaya dan alam semula jadi pulau-pulau tempatan.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan