Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Telko tempatan perlu bangunkan keupayaan keselamatan siber demi yakinkan pengguna

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo menekankan syarikat-syarikat telko tempatan mesti membangunkan keupayaan keselamatan siber bagi meyakinkan para pengguna.

Anggaran Waktu Membaca:
Telko tempatan perlu bangunkan keupayaan keselamatan siber demi yakinkan pengguna

(Gambar: Singtel)

Diterbitkan : 30 Aug 2021 04:45PM Dikemas Kini : 30 Aug 2021 04:53PM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo menekankan syarikat-syarikat telko tempatan mesti membangunkan keupayaan keselamatan siber bagi meyakinkan para pengguna.

Ini sedang Singapura terus memperkenalkan rangkaian khidmat 5G di merata negara.

Langkah tersebut, kata Cik Teo, adalah anak kunci bagi para pengguna dan peniaga memanfaatkan sepenuhnya potensi khidmat 5G.

Beliau turut menarik perhatian kepada betapa pentingnya untuk mempertahankan reputasi Singapura sebagai negara yang boleh dipercayai di dalam mahupun luar negara.

Cik Teo berkata demikian semasa berucap di satu acara anjuran Singtel hari ini (30 Ogos).

Syarikat telko itu hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengembangkan rangkaian khidmat 5G di negara ini. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan