Telepod didakwa letak alat PMD di tempat awam tanpa lesen
Syarikat yang menyediakan khidmat perkongsian Alat Mobiliti Peribadi(PMD), Telepod, didakwa di mahkamah hari ini (21 Feb) kerana menyediakah khidmat di tempat-tempat awam tanpa lesen atau pengecualian.
SINGAPURA: Syarikat yang menyediakan khidmat perkongsian Alat Mobiliti Peribadi(PMD), Telepod, didakwa di mahkamah hari ini (21 Feb) kerana menyediakah khidmat di tempat-tempat awam tanpa lesen atau pengecualian.
Telepod hanya dibenarkan menyediakan perkhidmatan kongsi PMD itu di tempat-tempat tertentu seperti one-north.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan sehingga minggu lalu, ia sudah menyita 68 PMD Telepod selepas memberinya amaran bertulis berulang kali.
LTA juga sudah menyita 131 PMD syarikat Neuron Mobility kerana kesalahan serupa.
Neuron Mobility akan dihadapkan ke mahkamah.
Pihak yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Apabila mahkamah mendapatinya bersalah, pengendali yang berkenaan akan dikenakan lagi denda S$500 setiap hari atau bagi sebahagian hari kesalahan serupa terus dilakukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.