Telefon bimbit penumpang berasap; kereta api di Dhoby Ghaut dikosongkan
Sebuah kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) di stesen MRT Dhoby Ghaut dikosongkan pada waktu sibuk sebelah petang (19 Feb) setelah telefon bimbit milik seorang penumpang mengeluarkan asap.

(Gambar ihsan: Terence Tang)
SINGAPURA: Sebuah kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) di stesen MRT Dhoby Ghaut dikosongkan pada waktu sibuk sebelah petang (19 Feb) setelah telefon bimbit milik seorang penumpang mengeluarkan asap.
Cik Tammy Tan, naib presiden kanan perhubungan korporat SBS Transit, memberitahu Mediacorp bahawa para penumpang dipindahkan dari kereta api berkenaan "sebagai langkah pencegahan". Tiada kecederaan dilaporkan dan telefon itu tidak mencetuskan kebakaran.
Insiden itu berlaku sekitar 6.30 petang dan kereta api terjejas sudah dihantar ke depot tanpa sebarang penumpang.
Gambar yang dikirimkan kepada Mediacorp menunjukkan platform di bahagian yang menghala ke Punggol penuh sesak dengan penumpang.
Menurut Cik Tan lagi, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) Pasukan Polis Singapura (SPF) turut dikerahkan "sebagai langkah berjaga-jaga".
Mediacorp difahamkan bahawa panggilan meminta bantuan yang dibuat kepada SCDF dibatalkan sebelum para pegawai dikerahkan kerana keadaan sudah terkawal.
Mediacorp sudahpun mengajukan pertanyaannya kepada pihak polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.