Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Telagah di klinik Bukit Batok: Polis sahkan terima beberapa aduan

Beberapa aduan polis sudahpun dibuat berhubung satu pertengkaran antara seorang pekerja di sebuah klinik di Bukit Batok dengan seorang wanita yang ditemani oleh anaknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Telagah di klinik Bukit Batok: Polis sahkan terima beberapa aduan

Petikan video yang tular di media sosial menunjukkan seorang kakitangan daripada sebuah klinik di Bukit Batok menendang kereta sorong bayi dan bertengkar dengan seorang wanita. 

Diterbitkan : 21 Apr 2022 11:06PM Dikemas Kini : 21 Apr 2022 11:14PM

SINGAPURA: Beberapa aduan polis sudahpun dibuat berhubung satu pertengkaran antara seorang pekerja di sebuah klinik di Bukit Batok dengan seorang wanita yang ditemani oleh anaknya.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, polis pada Khamis (21 Apr) mengesahkan bahawa beberapa laporan dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan jika semua aduan itu dibuat oleh klinik berkenaan iaitu Everhealth Medical and Everhealth Family Clinic.

Pada Rabu, klinik itu menyatakan dalam satu catatan Facebook pada pukul 2.38 petang bahawa ia "kecewa dengan perihal di mana mana kakitangan dan doktor teurs dipersalahkan tanpa henti".

"Sila ambil perhatian tentang Dasar bagi Sifar Tolak Ansur terhadap PENGANIAYAAN dan GANGGUAN terhadap pekerja jagaan kesihatan sejak Februari 2021," tambah klinik itu sambil menyertakan pautan ke laman-laman media sosial Kementerian Kesihatan (MOH).

Klinik itu juga membalas satu komen yang ditinggalkan pada catatan tersebut, dengan menyatakan bahawa satu aduan polis sudahpun difailkan.

Ia mendakwa "ibu" berkenaan memuat naik satu "maklum balas tidak baik" sehari sebelum insiden tersebut berlaku. Klinik itu memohon maaf kerana "menyebabkan kesulitan kepada orang awam".

Dalam jawapan balas kepada satu komen yang ditinggalkan di satu lagi catatan Facebook, klinik itu menyatakan para anggota kakitangan "tidak dapat bekerja dengan baik di klinik kerana terdapat panggilan gangguan yang meminta kami butiran berhubung insiden itu".

Puluhan maklum balas negatif turut ditinggalkan di laman Facebook Everhealth Medical and Everhealth Family Clinic sejak video-video menunjukkan insiden itu tular di media sosial pada awal minggu ini.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan