Skip to main content

Singapura

Teksi udara pertama akan diuji di bahagian selatan S'pura tahun ini

Teksi-teksi udara tidak lama lagi akan berlegar-legar di ruang udara Singapura, sedang ujian terhadap sistem pengangkutan baru itu bakal dijalankan tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Teksi udara pertama akan diuji di bahagian selatan S'pura tahun ini

Teksi-teksi udara tidak lama lagi akan berlegar-legar di ruang udara Singapura. (Gambar: Aaron Chong)

Diterbitkan : 09 Apr 2019 11:17PM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 11:19PM

SINGAPURA: Teksi-teksi udara tidak lama lagi akan berlegar-legar di ruang udara Singapura, sedang ujian terhadap sistem pengangkutan baru itu bakal dijalankan tahun ini.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mendedahkan pada Selasa (9 Apr) bahawa ujian-ujian awal dengan syarikat Jerman Volocopter akan diadakan di bahagian selatan Singapura.

Semasa berucap di taklimat media bagi acara Rotorcraft Asia, timbalan pengarah CAAS bagi program-program transformasi, Encik Tan Chun Wei berkata bahawa ia ujian-ujian itu akan dijalankan di "atas permukaan air".

CEO Volocopter Florian Reuter memberitahu Mediacorp bahawa syarikat itu mempunyai rancangan untuk menjalankan ujian-ujian pertama pada separuh kedua tahun ini dan rancangan tersebut "memenuhi jangka masa yang ditetapkan".

Encik Reuter menambah bahawa syarikat itu sedang dalam "fasa persediaan" bagi ujian-ujian akan datang, dan akan membawa kenderaan yang beroperasi ke Singapura "dalam masa beberapa bulan mendatang".
Encik Reuter berkata bahawa ujian awam akan menjadi "elemen terakhir" dalam rangka ujian tersebut dan ia akan dijalankan sebelum hujung tahun ini. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita