Teksi rentas sempadan dibenar turunkan penumpang mana-mana sahaja di SG atau Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia akan membenarkan perjalanan teksi rentas sempadan di bawah peraturan baharu yang akan membolehkan teksi asing berlesen menurunkan penumpang di mana-mana sahaja di negara masing-masing.
Perubahan itu, yang diumumkan pada Jumaat (5 Dis) dalam kenyataan bersama oleh kementerian pengangkutan kedua-dua negara, adalah sebahagian daripada pakej penambahbaikan yang turut merangkumi peningkatan kuota untuk teksi rentas sempadan berlesen daripada 200 kepada 500.
Kementerian-kementerian tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bila perubahan itu akan dikuatkuasakan.
Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow bertemu Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke pada Khamis (4 Dis) sebagai sebahagian daripada Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-12 untuk membincangkan usaha berterusan bagi meningkatkan ketersambungan pengangkutan.
Kedua-dua menteri akur bahawa permintaan untuk khidmat pengangkutan rentas sempadan yang lebih mudah dan bersetuju dengan pelbagai penambahbaikan pada sistem perkhidmatan bas dan teksi bagi memenuhi permintaan dan membendung penyediaan khidmat haram, menurut kementerian-kementerian tersebut dalam kenyataan bersama pada Jumaat (5 Dis).
Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD) akan meneruskan perbincangan untuk memperincikan Skim Teksi Rentas Sempadan yang telah dipertingkatkan, tambah kementerian-kementerian tersebut.
PERATURAN BAHARU
Di bawah peraturan baharu ini, teksi asing boleh menurunkan penumpang di mana-mana sahaja di luar negara asal mereka. Walau bagaimanapun, mereka hanya boleh mengambil penumpang di tempat pengambilan penumpang yang ditetapkan bagi mengelakkan mereka daripada menyediakan perkhidmatan dari satu tempat ke tempat yang lain, menurut kementerian-kementerian tersebut.
Buat masa ini, teksi rentas sempadan hanya dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di tempat yang ditetapkan - Larkin Sentral di Johor Bahru untuk teksi Singapura dan Terminal Ban San Street di Singapura untuk teksi Malaysia.
Kedua-dua kementerian juga menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan bilangan tempat pengambilan penumpang secara bertahap-tahap untuk menaiki teksi atau tempahan secara online.
Bekalan teksi rentas sempadan yang berlesen akan dipertingkatkan secara berperingkat.
"Sebagai permulaan, setiap negara akan menyediakan kuota tambahan sebanyak 100, diutamakan untuk kenderaan yang lebih besar dan lebih premium yang dapat memenuhi keperluan kumpulan yang lebih besar dan pelancong perniagaan," menurut kenyataan bersama itu.
Semua teksi berlesen juga mesti dikenal pasti dengan jelas melalui warna kenderaan dan plat kenderaan kalis gangguan, dan perlu memasang unit ERP2 Singapura untuk masuk ke negara ini.
Kedua-dua negara juga akan berusaha ke arah rejim kawal selia untuk platform teksi rentas sempadan dan tempahan online, serta meningkatkan perlindungan insurans teksi rentas sempadan dan mempercepatkan pemprosesan tuntutan sekiranya berlaku kemalangan.
Mengenai khidmat bas rentas sempadan, kedua-dua menteri pengangkutan juga bersetuju untuk "berusaha menyelaraskan rejim kawal selia" bagi menambah baik perkhidmatan bas untuk pelancongan.
"Penambahbaikan dan prinsip yang dipersetujui oleh kedua-dua menteri mencerminkan komitmen berterusan kami untuk menambah baik ketersambungan rentas sempadan dan pengalaman perjalanan untuk pelancong antara Singapura dan Malaysia," menurut kementerian-kementerian tersebut.
"Para pegawai dari kedua-dua negara akan meneruskan perbincangan, dan berusaha dengan pantas ke arah persetujuan dan pelaksanaan penambahbaikan kepada perkhidmatan teksi dan bas rentas sempadan."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.