Teksi ComfortDelgro, SMRT berlanggar di Resorts World Sentosa
Sekurang-kurangnya empat teksi terlibat dalam satu perlanggaran di salah sebuah tempat meletak kereta di Resorts World Sentosa (RWS) semalam (4 Dis).
Petikan skrin perlanggaran tersebut.
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya empat teksi terlibat dalam satu perlanggaran di salah sebuah tempat meletak kereta di Resorts World Sentosa (RWS) semalam (4 Dis).
Detik-detik sebelum insiden yang melibatkan teksi ComfortDelgro dan SMRT itu dirakam dalam sebuah video yang dikongsi online.
Pegawai penerangan korporat ComfortDelgro, Tammy Tan dalam jawapannya kepada Mediacorp berkata: "Kami sedang menghubungi para pemandu teksi kami dan menghulurkan bantuan kepada pemandu-pemandu lain yang terlibat dalam insiden ini.
"Kami berasa lega kerana tiada penumpang berada dalam teksi-teksi tersebut apabila insiden itu berlaku."
Mediacorp juga sudahpun menghubungi SMRT untuk mendapatkan kenyataannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.