Teknologi dikenal pasti faktor penting dalam sektor jagaan kesihatan masyarakat menua
Sedang penduduk Singapura semakin menua, masalah penyakit kronik menjadi kian membimbangkan, sekali gus mendorong permintaan tinggi dalam khidmat jagaan kesihatan.
SINGAPURA: Sedang penduduk Singapura semakin menua, masalah penyakit kronik menjadi kian membimbangkan, sekali gus mendorong permintaan tinggi dalam khidmat jagaan kesihatan.
Namun, teknologi kesihatan seperti analisis data dan perubatan menerusi sistem perhubungan boleh membantu dalam sektor jagaan kesihatan.
Inilah yang dibincangkan dalam satu simposium jagaan kesihatan antara Jepun dengan Singapura.
Para pakar menekankan peri pentingnya penggunaan teknologi kesihatan, terutama sekali kerana tumpuan jagaan kini beralih ke peringkat masyarakat.
Dalam pada itu, Menteri Negara Kanan Kesihatan Lam Pin Min percaya teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan akses kepada bantuan perubatan, meninjau keadaan pesakit dan daya penghasilan.
Acara tersebut turut menampilkan contoh-contoh huraian seperti robot yang membantu perhubungan dan sofwe yang mendorong fungsi otak bagi para pesakit demensia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.