Skip to main content

Singapura

Teknologi digital, pertahanan boleh jadi bidang kerjasama SG-Perancis: DPM Heng

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Apr 2025 06:47PM Dikemas Kini : 10 Apr 2025 12:22AM
PARIS: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengenal pasti daya tenaga rendah karbon serta teknologi digital dan pertahanan merupakan antara bidang-bidang yang boleh diceburi Singapura bagi memupuk perkongsian antarabangsa.

Menurut beliau, langkah itu akan menarik bakat dan projek saintifik yang baik, selain memacu penyelidikan yang berkesan bagi memberi manfaat kepada masyarakat umum.

DPM Heng kini berada di Paris bagi lawatan selama lima hari.

Pada Selasa, beliau mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Tenaga Alternatif dan Tenaga Atomik Perancis.

Beliau juga melakukan lawatan ke institut-institut penyelidikan terkemuka Perancis untuk memahami lebih mendalam tentang kemajuan negara itu dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Ia termasuk Agensi Kementerian bagi Pusat Penyelidikan Pertahanan Kecerdasan Buatan (AI), untuk mengetahui tentang keupayaan strategi AI yang boleh meningkatkan kecekapan dan operasi.

Semasa lawatannya itu, DPM Heng juga mengadakan pertemuan dengan para wakil daripada syarikat teknologi Thales.

Kumpulan itu dan Singapura sudah bekerjasama sejak 1973.
 
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita