Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teknologi 'blockchain' sokong bakat baru seni

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menggunakan teknologi 'blockchain' bagi menyokong bakat-bakat baru dalam bidang seni.

Satu konsep baru yang menarik, namun masih di peringkat awal.

Ditambah kebimbangan tentang masa depan mata wang digital, model sedemikian mungkin perlukan waktu sebelum benar-benar dapat diterima.

Satu wadah baru yang diuruskan secara berkumpulan oleh para ahli muzik serta penyokong mereka, sudah mendapat perhatian dunia seni.

Dinamakan 'The Great Wave', wadah tersebut menggunakan mata wang kripto untuk mengumpulkan dana.

Para artis kemudian boleh menggunakan dana tersebut untuk menerbitkan karya-karya mereka.


"Wadah ini dikemudi oleh DAO atau pertubuhan autonomi tidak berpusat. Bayangkan ia serupa sebuah syarikat yang dikendalikan atas pelbagai kontrak bijak," ujar Clarence Chan, anggota pengasas, The Great Wave .

DOA merupakan kesepakatan maya antara dua belah pihak, dan berkelompok selepas proses pengesahan.

Ia kemudian ditambah ke dalam blockchain agar kesemua syarat yang disepakati tidak dapat diubah.

Bagi menjamin semua proses telus, para pengguna boleh memeriksa kontrak secara online setelah melalui proses pengesahan.

Dengan memanfaatkan DAO, 'The Great Wave' telah berjaya menambah jumlah artis miliknya kepada 10, termasuk dari Korea Selatan.

Pengasas 'Zendyll Music', sebuah syarikat muzik bebas, yakin 'The Great Wave' dapat menjadi penyelamat, khususnya bagi pemain-pemain kecil dalam industri tersebut.

Namun para artis disaran untuk lebih memahami konsep 'blockchain' sebelum membuat komitmen.

"Saya rasakan pendidikan dan pemahaman adalah penting. Nasihat saya, anda perlu cari tahu tentangnya dan fikirkan terlebih dulu, sebelum anda gunakan dana itu untuk menghasilkan karya anda," kata Jon Chua, pengasas 'Zendyll Music'.

Oleh itu, para pengasas 'The Great Wave' kini sedang meningkatkan usaha mendidik lebih ramai artis yang berminat agar mereka tidak bingung dengan model terbaru yang ditawarkan.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan