Skip to main content

Singapura

Teknologi biorektor membran akan digunakan dalam semua loji rawatan air sisa

Teknologi bioreaktor yang dihasilkan oleh penerima kesembilan Anugerah Air Lee Kuan Yew, Profesor Kazuo Yamamoto bakal memainkan peranan lebih besar dalam kegiatan pemulihgunaan air di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Mar 2022 07:13PM Dikemas Kini : 17 Mar 2022 08:53PM

SINGAPURA: Teknologi bioreaktor yang dihasilkan oleh penerima kesembilan Anugerah Air Lee Kuan Yew, Profesor Kazuo Yamamoto bakal memainkan peranan lebih besar dalam kegiatan pemulihgunaan air di Singapura.

Agensi air negara (PUB) merancang untuk menukar sepenuhnya kesemua loji rawatan air sisa miliknya menggunakan sistem penapisan bioreaktor membran (MBR) menjelang tahun 2030.

MBR dapat menghapuskan bakteria dan pepejal dalam air sisa untuk menghasilkan air yang bersih, sesuai digunakan.

PUB sudah menggunakan sistem MBR sejak tahun 2006 dan teknologi itu sudah membersihkan 13 peratus daripada bekalan air sisa di Singapura.

Selain keberkesanannya, ia juga tidak menggunakan banyak daya tenaga serta ruang yang diperlukan untuk rawatan air jika dibandingkan dengan cara-cara lama.

Penggunaan sistem MBR menegaskan lagi keyakinan PUB bahawa dalam keadaan sumber-sumber sejagat yang semakin berkurangan dan perubahan iklim sekarang, inovasi amat penting bagi memacu usaha kemampanan air untuk generasi seterusnya.

PUB akan membuka loji MBR terbesar di dunia di Tuas pada tahun 2026 apabila teknologi itu dijangka dapat membersihkan lebih separuh daripada air sisa di Singapura.

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita