Skip to main content

Singapura

Teknisyen rumah rawatan dipenjara, rotan setelah cabul penghuni yang terlantar di katil

 Seorang teknisyen rumah rawatan pada Rabu (22 Jan) dijatuhi hukuman penjara dan disebat kerana mencabul seorang penghuni berusia 55 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Teknisyen rumah rawatan dipenjara, rotan setelah cabul penghuni yang terlantar di katil

(Gambar hiasan: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 22 Jan 2020 10:01PM Dikemas Kini : 22 Jan 2020 10:03PM

SINGAPURA: Seorang teknisyen rumah rawatan pada Rabu (22 Jan) dijatuhi hukuman penjara dan disebat kerana mencabul seorang penghuni berusia 55 tahun. Ini setelah satu Mahkamah Rayuan mengubah keputusan awal yang membebaskannya. Hukuman ke atasnya sebaliknya disabitkan semula.

Lelaki itu, yang tidak boleh didedahkan identitinya disebabkan arahan mahkamah bagi melindungi identiti mangsa, dijatuhi hukuman pada Mei lalu. Mahkamah Daerah ketika itu mengenakan hukuman penjara selama dua bulan dan rotan tiga kali.

Hakim Daerah Lim Tse Haw menyifatkannya sebagai "salah satu daripada kes paling teruk seumpamanya", setelah mendapat penjelasan daripada seorang jururawat yang menyaksikan insiden pencabulan itu. Si mangsa tidak dapat memberi keterangan disebabkan oleh keadaan kesihatannya yang tidak membolehkannya bergerak.

Lelaki tersebut merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan atasnya. Pada 23 Nov 2018, Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan setelah Hakim Aedit Abdullah memutuskan bahawa penjelasan saksi sahaja tidak mencukupi untuk mendapatinya bersalah.

Namun pada Rabu, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan pembebasannya dan mensabitkan semula hukuman ke atasnya setelah pihak pendakwa memfailkan rujukan jenayah kepada mahkamah tinggi.

Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 16 bulan dan tiga kali rotan bagi satu tuduhan mencabul mangsa setelah mahkamah tinggi memutuskan bahawa lelaki itu tidak merancang jenayah itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita