Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teknisyen lif maut terperangkap di North Bridge Road

Seorang teknisyen lif meninggal dunia setelah terperangkap di sebuah bangunan di North Bridge Road pada Sabtu (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Teknisyen lif maut terperangkap di North Bridge Road
Diterbitkan : 27 Feb 2021 09:56PM Dikemas Kini : 27 Feb 2021 09:57PM

SINGAPURA: Seorang teknisyen lif meninggal dunia setelah terperangkap di sebuah bangunan di North Bridge Road pada Sabtu (27 Feb).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp bahawa ia menerima panggilan bantuan pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

"Sebaik sahaja SCDF tiba di tempat kejadian, seorang teknisyen lif kelihatan terperangkap antara jurang sempit lif dan struktur besi sokongan lif berkenaan".

Pada ketika itu, lif itu berada antara tingkat kedua dan ketiga bangunan tersebut.

Operasi itu "sangat rumit dan kompleks" dan memerlukan bantuan Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) SCDF serta kakitangan stesen bomba untuk mengendalikan peralatan menyelamat di ruang yang sempit dalam lubang lif, menurut SCDF.

Kakitangan perubatan kecemasan dari SCDF dan Hospital Tan Tock Seng berada di tempat kejadian untuk menyediakan bantuan.

Teknisyen lif itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5.30 petang, menurut SCDF.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan