Teknisyen dipenjara, kecuaian sebabkan pekerja terperangkap dalam lif dan maut akibat pendarahan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang teknisyen lif pada Isnin (11 Dis) dijatuhi hukuman penjara lima bulan.
Ini selepas kecuaiannya menyebabkan seorang pekerja binaan meninggal dunia dalam lubang lif akibat pendarahan.
Wong Ser Yong, seorang warga Malaysia berusia 34 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan bertindak cuai yang menyebabkan kematian Encik Hossain Mohammad Sahid di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.
Mahkamah diberitahu bahawa Wong yang merupakan seorang teknisyen lif bagi TK Elevator, ditugaskan oleh ejen pengurusan sebuah bangunan tujuh tingkat di 450 North Bridge Road untuk membaiki panel yang longgar di bahagian dalam sebuah lif penumpang.
TK kemudian mendapatkan khidmat Decor Engineering, sebuah kontraktor lif yang didaftar dengan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan panel berkenaan.
Encik Hossain, 29 tahun, diambil kerja oleh Decor sebagai pekerja binaan dan bukan seorang teknisyen lif terlatih.
Pada pagi 27 Februari 2021, Wong berjumpa Encik Hossain dan rakan kerjanya di bangunan tersebut untuk membaiki panel di bahagian dalam lif berkenaan.
Encik Hossain dan rakan kerjanya ditugaskan oleh pengurus projek mereka untuk mengetatkan panel yang longgar di dalamlif. Wong pula ditugaskan untuk menyediakan dua pekerja Decor itu akses kepada kawasan kerja, selain mengawal kedudukan lif tersebut.
Lif tersebut telah dimatikan oleh seorang lagi teknisyen, dan terletak di antara tingkat satu dan kedua. Apabila ketiga-tiga lelaki itu berada di lobi lif di tingkat dua, Wong membuka pintu lif dan mendakwa lif itu berada dalam mod "Pemeriksaan".
BUTANG YANG ROSAK
Dia menekan butang "atas" dan "bawah" di kotak kawalan lif dan menyedari bahawa butang "atas" rosak kerana ia telah tersendat.
Apabila Wong memberitahu Encik Hossain mengenai butang yang rosak itu, Encik Hossain bertanya jika Wong boleh mengawal lif tersebut dari bilik motor lif, yang terletak di bumbung bangunan berkenaan.
Encik Hossain juga menyarankan mereka berkomunikasi menerusi telefon bimbit mereka, dengan Encik Hossain memberitahu Wong "atas" atau "bawah" untuk menggerakkan lif tersebut dan "oop" untuk menghentikannya.
Wong bersetuju lalu pergi ke bilik motor sementara Encik Hossain panjat ke atas lif tersebut.
Pada kira-kira 11.00 pagi, Wong memberitahu Encik Hossain bahawa dia akan menukar lif kepada mod "Pemeriksaan" terlebih dahulu, sebelum Encik Hossain menukarnya kepada mod "Biasa".
Namun, tidak lama selepas memberi arahan itu, Wong terdengar Encik Hossain menjerit dengan kuat di telefon.
Siasatan kemudian mendapati bahawa Encik Hossain berkemungkinan besar telah menukarkan kotak kawalan di atas lif kepada mod "biasa" sebelum Wong menukar suis pengawal lif di bilik motor lif ke mod "Pemeriksaan".
Ini bermakna kedua-dua mod berada pada mod "Biasa", sekali gus menyebabkan lif tersebut untuk naik secara automatik.
Wong dengan segera mematikan sistem lif dan pergi ke tingkat tiga bangunan itu, di mana beliau melihat lengan kiri Encik Hossain telah tersepit di antara pendakap dan di tepi lif berkenaan.
Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di tempat kejadian pada 11.40 pagi untuk memulakan operasi menyelamat.
Menurut siasatan koroner yang dijalankan pada Mei tahun lalu, SCDF mendapati tulang rusuk, lengan kiri dan kaki kiri Encik Hossain terperangkap. Terdapat juga luka dalam di lengan kirinya, yang berdarah.
SCDF mempertimbangkan pelbagai pilihan termasuk amputasi untuk mengeluarkan Encik Hossain, tetapi mereka terbatas kerana ruang yang sempit.
Encik Hossain meninggal dunia di tempat kejadian pada kira-kira pukul 3.45 petang.
Wong mengaku bahawa kecuaiannya telah menyebabkan kematian Encik Hossain.
Bagi kesalahan menyebabkan kematian di tempat kerja akibat kecuaian, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$30,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.