Teknik baru pertumbuhan sel kulit manusia guna sel protein
Para pengkaji tempatan sudah menemui cara baru menumbuhkan sel kulit manusia bagi pemindahan kulit.

SINGAPURA: Para pengkaji tempatan sudah menemui cara baru menumbuhkan sel kulit manusia bagi pemindahan kulit.
Kaedah tersebut yang menggunakan protein manusia, adalah penerobosan pertama dalam bidang itu, dalam masa lebih 40 tahun.
Ia juga lebih selamat untuk merawat pesakit yang mengalami kelecuran.
Teknik baru pertumbuhan sel kulit manusia itu mengguna sel protein bernama laminins.
Menurut para pengkaji Sekolah Perubatan Duke-NUS dan Hospital Besar Singapura (SGH), kaedah baru itu lebih selamat kerana ia menghapuskan risiko jangkitan silang apabila sel-sel manusia dan haiwan disatukan.
Proses pertumbuhan kulit dengan bahan laminins juga lebih cepat, iaitu tiga hingga empat minggu, berbanding sehingga lima minggu jika menggunakan sel tikus.
Ini bermakna rawatan di dalam wad hospital yang lebih singkat.
SGH merawat sekitar 200 pesakit yang mengalami kelecuran setiap tahun dengan 15 peratus daripadanya memerlukan pemindahan kulit.
Para pengkaji berharap kaedah baru itu akan dapat dimanfaatkan dalam masa lima tahun lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.