Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teknik baru pemasangan tiub perubatan mungkin tingkatkan kehidupan pesakit ginjal

Para pesakit buah pinggang tahap akhir kini mempunyai prognosis dan mutu kehidupan yang lebih baik apabila sebuah prosedur perubatan baru dimulakan di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2018 09:50PM Dikemas Kini : 11 Sep 2018 09:58PM

SINGAPURA: Para pesakit buah pinggang tahap akhir kini mempunyai prognosis dan mutu kehidupan yang lebih baik apabila sebuah prosedur perubatan baru dimulakan di sini.

Prosedur baru itu melibatkan pemasangan tiub perubatan ke dalam tubuh badan.

Teknik itu dibawa masuk dari Amerika Syarikat oleh pasukan Hospital Tan Tock Seng dan ia merupakan yang pertama seumpamanya dijalankan di Asia. Para doktor berharap ia dapat dimanfaatkan oleh para pesakit di rantau ini.

90 peratus daripada pesakit yang menghidap kegagalan buah pinggang di peringkat akhir harus menjalani proses haemodialisis buah pinggang.

Namun, sebelum mereka dipasangkan dengan sebuah mesin yang menapis produk sisa dari badan, pembukaan pada saluran darah perlu dilakukan terlebih dahulu.

20 peratus daripada para pesakit dianggarkan memerlukan kateter, iaitu sebatang tiub fleksibel yang dimasukkan ke dalam urat di bahagian kanan leher.

Bagi pesakit yang mengalami penyumbatan pada urat leher, prosedur itu perlu dipindahkan ke kawasan pangkal paha.

TEKNIK BARU DARI AMERIKA

Maka itu, satu teknik baru yang diambil daripada Amerika Syarikat diperkenalkan di sini.

Dengan menggunakan panduan X-Ray, para doktor mencipta laluan daripada urat di pangkalan paha hingga ke leher.

Ini bermakna pembukaan dilakukan di tempat yang tersumbat dan wayar tersebut memberi laluan bagi memasukkan kateter.

Walaupun prosesnya memakan masa lebih daripada dua kali ganda berbanding memasukkan kateter dengan cara yang biasa, hasilnya jelas positif.

Setakat ini, hampir 20 prosedur sudahpun dijalankan di Amerika Syarikat sepanjang lima tahun dengan kadar kejayaan sebanyak 98 peratus.

Selain dapat dimanfaatkan oleh para pesakit di Hospital Tan Tock Seng, pihak hospital juga akan menjalankan bengkel untuk melatih para doktor menggunakan teknik tersebut. 

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan