Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teknik akupunktur untuk rawat penyakit mata kering, perbaiki komposisi air mata

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Mar 2022 08:01PM Dikemas Kini : 28 Mar 2022 08:59PM

SINGAPURA: Satu kajian mendapati bahawa rawatan akupunktur boleh membantu para pesakit penyakit mata kering, memperbaiki komposisi air mata.

Teknik rawatan tradisional Cina atau TCM merupakan teknik berkesan untuk menguruskan penyakit mata kering dengan lebih baik.

Sekitar 30 peratus orang dewasa di Singapura menghidapi penyakit itu.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Kajian Mata Singapura bersama Institut Perubatan Chung Hwa Singapura menunjukkan bahawa rawatan akupunktur adalah berkesan untuk penyakit mata kering.

Dapatan kajian baru menunjukkan rawatan akupunktur meningkatkan kadar protein dalam air mata dan mengurangkan mata bengkak.

Keadaan mata kering jika dibiarkan boleh mengurangkan mutu kehidupan dan malah menyebabkan isu-isu kesihatan mental.

Rawatan akupunktur sesuai untuk pesakit yang mengalami kesan kecil hingga sederhana.

Kos rawatan antara S$4 hingga S$80 bagi setiap sesi bergantung kepada keperluan.

Sumber : CNA/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan