Tekanan kewangan antara hambatan utama tingkatkan kemahiran, skim baharu boleh bantu: Zaqy
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad.
SINGAPURA: Dengan daya persaingan global yang semakin sengit serta cabaran ekonomi masa depan yang kian rumit, ia menyebabkan pembuangan kerja, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kepakaran atau kemahiran yang khusus.
Lantaran itu, pihak pemerintah sedang melakarkan satu skim baharu untuk menawarkan sokongan kewangan sementara bagi pekerja yang diberhentikan kerja dan semasa mereka meningkatkan kemahiran.
Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad merasakan bahawa sokongan tersebut amat penting terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah mahupun pertengahan untuk mengurangkan tekanan kewangan pencari kerja dan hambatan bagi para pekerja ikuti latihan.
TEKANAN LEBIH TERASA OLEH GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH
Menurut Encik Zaqy, hal ini lebih membelenggu para individu yang sudah mendirikan rumah tangga sekali gus memiliki tanggungjawab menyara keluarga masing-masing.
Malah, ia dianggap sebagai suatu risiko bagi mereka yang berpendapatan rendah ataupun dengan pencari nafkah tunggal berbanding keluarga dengan dua sumber pendapatan.
"Misalnya ada anak-anak yang masih bersekolah ataupun mereka mempunyai bayaran untuk rumah dan sebagainya. Ini menjadi hambatan kerana mereka berpendapat bahawa mereka juga memerlukan gaji bulanan yang stabil.
"Pada masa yang sama jika mereka perlu buat komitmen untuk meningkatkan kemahiran mereka ataupun mendapatkan ijazah ataupun sijil untuk kemahiran baru, ini mempunyai impak kepada keluarga mereka ataupun gaji mereka," kongsi Encik Zaqy kepada BERITA Mediacorp.
Untuk menyokong lagi usaha itu, badan-badan Melayu/Islam (MMO) juga akan menggembleng tenaga bagi memperkasa masyarakat dengan sokongan yang diperlukan.
"Jadi dari segi MMO seperti Mendaki dengan kerjasama agensi-agensi seperti Tenaga Kerja Singapura ataupun SkillsFuture, hari ini kami bekerjasama untuk membawa program-program dan skim-skim kepada masyarakat tapi apa yang penting adalah bukan saja skim ataupun bantuan, tapi adalah adakah mereka bersedia untuk mengambil masa juga untuk mempertingkatkan diri melalui latihan.
"Kami berharap dengan inisiatif seperti ini mereka dapat lebih mahir, memasuki sektor-sektor yang berkembang ataupun mendapatkan pekerjaan yang lebih relevan dan strategik bagi kerjaya mereka. Jadi kita juga bukan saja membantu untuk hari ini tapi saya rasa amat penting di mana kita menjamin kerjaya mereka," ujar Encik Zaqy yang juga merupakan Timbalan Pengerusi MENDAKI.
Bak kata pepatah "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".

PAKEJ MAJULAH LANGKAH STRATEGIK
Di samping itu, golongan pekerja yang semakin hampir dengan usia persaraan juga tidak dilupakan.
Mereka yang dalam kalangan usia 50an dan 60an akan dibantu menerusi Pakej Majulah yang diumumkan PM Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaannya pada Ahad (20 Ogos).

Encik Zaqy berkata tokokan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang diberikan kepada rakyat Singapura yang dilahirkan pada 1973 atau sebelum itu adalah untuk menambah simpanan persaraan mereka.
Pakej Majulah dijangka akan memberi manfaat kepada 1.4 juta warga emas.
Menurut Encik Zaqy, "warga emas lebih muda" ini tidak memiliki peluang yang sama seperti sekarang dan tidak mempunyai masa yang panjang untuk meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Singapura, berbanding generasi lebih muda.
"Ramai di antara mereka yang tidak mempunyai gaji yang tinggi selama berdekad-dekad dan pada masa yang sama kita mahu membantu mereka kerana mereka datang daripada golongan yang tidak mempunyai pendidikan seperti hari ini. Ini bermakna, mereka tidak mempunyai peluang seperti hari ini.
"Kita juga berpendapat yang kita harus memberi mereka manfaat kerana Singapura sudah tumbuh dan berkembang dan kami mahu membantu mereka dalam persaraan mereka. Lantaran itu, kami memberi bukan sahaja tokokan dalam simpanan CPF mereka tapi juga dalam segi Medisave dan sebagainya oleh kerana kami juga mengetahui keadaan hari ini, ramai juga yang memerlukan sokongan Medisave dan sebagainya," kata Encik Zaqy.
Langkah itu menurut beliau merupakan satu pendekatan strategik.
"Dari segi dasar pemerintah yang sudah dikatakan dan diketengahkan oleh perdana menteri, saya rasa ini membawa fikiran strategik bagaimana kita dapat membantu masyarakat kita lebih bersedia, bagaimana kita menyesuaikan diri dalam keadaan dan bagaimana pemerintah dapat membantu mereka awal sebelum kita dilanda dan terdesak."
Lebih banyak perincian akan diumumkan tahun depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.