Teh-o, kopi-o hanya 60 sen di semua cawangan Kopitiam mulai 1 Jun
Ini berita baik bagi para penggemar kopi atau teh.
Anggaran Waktu Membaca:

Cawangan Kopitiam di Rivervale Plaza di Sengkang. (Gambar: Babu Hillary)
SINGAPURA: Ini berita baik bagi para penggemar kopi atau teh.
Mulai 1 Jun hingga 31 Ogos, anda boleh membeli kopi-o atau teh-o di Kopitiam pada harga hanya 60 sen secawan.
Harga istimewa yang ditawarkan itu adalah sempena sambutan SG60 anjuran FairPrice Group.
Harga itu ditawarkan sepanjang hari di semua kaunter Kopi Kiosk dan The Kiosk di kesemua 79 cawangan Kopitiam merata Singapura.
Antara 1 hingga 30 Jun, Kopitiam turut menawarkan set promosi SG60 yang terdiri daripada minuman kopi-o atau teh-o panas dan roti bakar coklat kacang hazel HarvestFields pada harga S$1.60.
Harga asal bagi set itu adalah S$2.50.
Set promosi itu dijual di kaunter Kopi Kiosk dan The Kiosk di kesemua pusat makanan di pusat beli-belah, kedai kopi dan pusat penjaja yang diuruskan oleh Kopitiam, kecuali di Greenridge, 504 Yishun dan 542B Serangoon North.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.