Teater interaktif boleh pecahkan tembok komunikasi untuk bincang isu rumit seperti kesihatan mental
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menggunakan seni persembahan teater sebagai wadah untuk membincangkan dan meningkatkan kesedaran ramai tentang isu kesihatan mental.
Persembahan teater berjudul 'Selangkah Bersama' itu dihadiri lebih 200 penduduk di Kelab Masyarakat Kolam Ayer pada Sabtu (27 Sep).
Ia merupakan hasil kerjasama antara M³@Jalan Besar dengan M³@Pasir Ris-Changi di bawah inisiatif "Cinta Minda Bersama, Jom Sihat Bersama".
"Persembahan teater merupakan cara yang berkesan kerana ia membolehkan masyarakat melihat isu kesihatan mental melalui cerita yang mudah difahami dan menyentuh perasaan," kata Penasihat M³@Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.
"Melalui watak-watak di atas pentas, penonton dapat melihat cerminan pengalaman mereka sendiri atau ahli keluarga mereka. Teater interaktif dapat memecahkan tembok komunikasi kerana ia menyampaikan mesej yang rumit dengan cara yang mudah difahami oleh semua peringkat umur tidak kira tua atau yang muda," tambahnya lagi.
Beliau berharap acara ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar dalam masyarakat dan bukan sahaja menjadi acara tahunan tetapi berkembang untuk menjadi gerakan yang berterusan di kejiranan-kejiranan lain M³.
PERLU ADA LEBIH BANYAK PLATFORM UNTUK ANGGOTA KELUARGA BINCANG ISU KESIHATAN MENTAL
Selain persembahan teater, para hadirin juga dapat mengikuti sesi perbincangan dengan para pakar dan mereka yang berpengalaman.
Antaranya ialah CEO MudaSG, Sherlita Almeyra Sherhan.
"Saya rasa bahawa dengan adanya teater interaktif sebegini, para penonton dapat meletakkan diri mereka dalam situasi sebegitu dan melihat bagaimana cara mereka menghadapinya boleh berubah dan menjadikan situasi itu lebih baik. Itu dapat menitikberatkan betapa pentingnya komunikasi itu di antara kita dan juga kita dapat lihat kesannya kepada kesihatan mental. Bagi ibu bapa dan juga anak-anaknya," kata Cik Sherlita.
"Saya rasa secara keseluruhan, kami semua setuju bahawa kita perlu adakan banyak ruang di mana keluarga boleh berkomunikasi dan berbual bersama supaya mereka boleh menyediakan tempat yang selamat di mana kanak-kanak dan juga ibu bapa berasa selesa untuk berkongsi masalah mereka," tambahnya lagi.
Usaha ini mencerminkan misi rangka kerja M³ untuk memanfaatkan kekuatan kolektif dalam memperkasa masyarakat Melayu/Islam, dengan menggabungkan sumber dan kepakaran dari kedua-dua M³@Kejiranan itu bagi memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan penting serta menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan kumpulan yang pelbagai.
Acara yang seterusnya yang akan diadakan di bahagian timur negara pula pada 27 dan 28 September ini.
Acara kecergasan besar-besaran yang menampilkan sesi Zumba dan latihan kekuatan fizikal, “Jom Sihat” akan berlangsung di Pasir Ris Mall pada Sabtu (27 Sep) dari jam 9 pagi hingga 11 pagi.
Acara terakhir di bawah inisiatif itu akan diadakan pada Ahad (28 Sep) di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias.
Acara tersebut akan menawarkan perkongsian ilmu dan khidmat saringan kesihatan.

Sumber : BERITA Mediacorp/HD/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.