Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tawaran potongan harga bagi pelanggan guna Baucar CDC di kedai kejiranan

Anggaran Waktu Membaca:
Tawaran potongan harga bagi pelanggan guna Baucar CDC di kedai kejiranan

Keadaan kembali sibuk di Toa Payoh Central sedang kedai-kedai runcit dibenarkan dibuka semula. (Gambar: Jeremy Long)

SINGAPURA: Beberapa perniagaan runcit tempatan menawarkan potongan harga berskala besar bagi para pelanggan mereka yang menggunakan baucar CDC.

Selain menggalak pelanggan untuk membelanjakan baucar itu, persatuan-persatuan peniaga tempatan berharap kedai-kedai yang menggunakan platform e-bayaran untuk menerima baucar tersebut boleh menarik kumpulan pelanggan yang baru.

Penjual langsir, kedai runcit dan salun kecantikan merupakan di antara perniagaan di kawasan kejiranan Clementi dan Jurong yang giat menggalakkan pelanggan mereka untuk menggunakan baucar CDC.

"Kami tawarkan potongan harga sebanyak 5 peratus bagi pelanggan yang menggunakan baucar CDC," kata kakitangan sebuah salun kecantikan.

"Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi potongan harga kepada mereka, untuk menolak harga yang perlu mereka tambah," kata seorang pekerja kedai yang menjual langsir.

Beberapa perniagaan di Ang Mo Kio juga menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus jika pelanggan menggunakan baucar CDC tersebut.

Malah, potongan harga itu dijangka akan kekal sepanjang musim perayaan akan datang sedang satu lagi pengagihan baucar CDC akan dilancarkan pada Januari nanti.
Lebih $218 juta baucar CDC digunakan di perniagaan-perniagaan runcit yang mengambil bahagian sejak dua tahun lalu.

Baucar-baucar CDC itu membantu dalam meningkatkan jualan perniagaan kawasan kejiranan sambil mengimbangi kos sara hidup yang juga semakin tinggi.

Namun, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), sekitar 7 peratus daripada pemilik kedai tidak dapat menerima baucar tersebut kerana mereka tidak menawarkan khidmat e-bayaran.

Beberapa peruncit juga berpendapat sistem pembayaran digital baru juga tidak diperlukan kerana ramai pelanggan mereka terdiri daripada golongan tua yang hanya menggunakan wang tunai.

Bagaimanupun, Persekutuan Persatuan Peniaga Singapura menggesa mereka untuk mengubah cara pemikiran itu.

"Jika anda tidak cuba dan tawarkan wadah-wadah pembayaran baru ini, golongan muda mungkin tidak mahu masuk ke kedai anda. Jadi, anda tidak rugi apa-apa. Dengan menawarkan e-pembayaran, anda sebenarnya membuka sumber hasil perniagaan baru di mana anda boleh memanfaatkan golongan muda yang selalunya tidak membawa wang tunai bersama mereka hari ini," kata Pengarah Eksekutif, Persekutuan Persatuan Peniaga Singapura, Lai Cheng Yi.

Persekutuan itu juga menyatakan ia akan meneruskan usaha untuk menggalakkan kesemua kedai-kedai kejiranan untuk beralih kepada pendigitalan.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan