Tawaran pekerjaan SG merosot sekitar 17%; kadar pengangguran pada 2.1%
Jumlah tawaran pekerjaan di Singapura merosot sebanyak sekitar 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah tawaran pekerjaan di Singapura merosot sebanyak sekitar 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Namun, menurut platform pengambilan pekerja Indeed, masih ada permintaan bagi sektor seperti pendidikan, jagaan kesihatan dan kewangan.
Ini sekali gus menandakan bidang-bidang yang berpotensi berkembang.
Berdasarkan data yang dikonsgi agensi Indeed, jumlah kerja kosong baharu yang ditawarkan pada April susut hampir 3 peratus berbanding Mac.
Ia merupakan bulan keempat berturut-turut angka tersebut merosot. Jumlah kerja kosong baharu kini berada di tahap terendah sejak Mei 2021.
Jumlah tawaran kerja juga berbeza-beza mengikut sektor.
Sektor pembersihan dan sanitasi menyaksikan kemerosotan paling ketara, sebanyak 56 peratus.
Ia disusuli sektor jagaan kanak-kanak dan farmasi, masing-masing turun hampir 39 peratus.
Menurut Indeed, permintaan bagi pekerjaan sedemikian merudum selepas lonjakan semasa pandemik.
Dalam pada itu, khusus bagi sektor jagaan kanak-kanak, kos yang meningkat mungkin menghalang majikan untuk menambah jumlah kakitangan.
Bagaimanapun, beberapa sektor mencatat kenaikan jumlah kerja kosong. Tawaran bagi jagaan diri dan kesihatan di rumah melonjak hampir 29 peratus, mencerminkan trend penduduk Singapura yang semakin menua.
Analitik data juga berkembang sebanyak 9.5 peratus, memberikan isyarat pemulihan bagi sektor teknologi.
Pertumbuhan tawaran pekerjaan di Singapura setanding dengan negara-negara lain seperti Australia dan Sepanyol.
Dengan kadar pengangguran hanya pada 2.1 peratus, pasaran buruh kekal ketat namun terus dibayangi keadaan geopolitik yang tidak menentu.
Pakar Ekonomi Kanan Indeed bagi Asia-Pasifik, Callam Pickering, berkata perubahan dalam ekonomi secara keseluruhan mengambil masa sebelum memberi kesan kepada pasaran buruh dan peluang pekerjaan.
"Jadi para pemimpin perniagaan akan memantau persekitaran ekonomi, baik di Singapura atau global, untuk memahami kesannya sebelum membuat keputusan tentang jumlah pekerja mereka. Pada waktu ini, naik turun pasaran terlalu tidak menentu untuk mereka melakukan perubahan yang berkesan," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.