Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tawaran flat BTO lebih besar di estet matang terima sambutan hangat

Permintaaan bagi flat BTO di Tampines hampir 24 kali ganda jumlah unit yang ditawarkan, manakala flat-flat lebih besar di Ang Mo Kio mempunyai nisbah 16 tempahan bagi setiap unit.

Anggaran Waktu Membaca:
Tawaran flat BTO lebih besar di estet matang terima sambutan hangat

Sun Plaza Spring di Tampines. (Gambar: HDB)

SINGAPURA: Permintaaan untuk flat-flat BTO baru di Tampines adalah hampir 24 kali ganda jumlah unit yang ditawarkan.

Ia mencerminkan permintaan kukuh untuk unit flat lebih besar, terutama di estet-estet matang.

Terdapat lebih 35,000 pemohon kali ini, sekitar 30 peratus lebih tinggi daripada tawaran BTO bulan Mei.

Flat-flat lebih besar yang ditawarkan di Ang Mo Kio turut mendapat sambutan hangat, dengan nisbah 16 tempahan bagi setiap unit yang ditawarkan.

Harga flat 5-bilik yang bermula pada $720,000 di estet tersebut, ternyata tidak mengekang minat para pemohon.

Harga itu merupakan yang termahal bagi flat sejenisnya berbanding di estet-estet lain.

Flat-flat 4-bilik di Ang Mo Kio pula bermula pada harga lebih setengah juta dolar.

Sebagai perbandingan, permintaan bagi flat BTO 5-bilik di estet Choa Chu Kang hanya menerima permohonan tiga kali ganda jumlah bekalan.

Flat 4-bilik yang ditawarkan di Woodlands menerima 11 permohonan bagi setiap unit.

Di Jurong East pula, unit flat yang sama mendapat 6 pemohon bagi setiap unit.

Dua projek model Perumahaan Awam Lokasi Utama (PLH) di Bukit Merah mendapat sambutan agak sederhana.

Permintaan bagi flat 4-bilik berharga lebih setengah juta dolar adalah lima kali lebih banyak daripada unit yang ditawarkan.

Sumber : CNA/IQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan