Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taufik Batisah, Rui En bakal hiburkan anda di Taman di Pesisiran & Konsert Hari Kebangsaan 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Taufik Batisah, Rui En bakal hiburkan anda di Taman di Pesisiran & Konsert Hari Kebangsaan 2022

Gambar: Mediacorp

Diterbitkan : 26 Jul 2022 08:14PM Dikemas Kini : 27 Jul 2022 10:44AM
SINGAPURA: Mediacorp akan kembali ke Taman di Pesisiran selepas dua tahun untuk menyambut Hari Kebangsaan dengan barisan artis terkemuka pada 6 Ogos.

Taman di Pesisiran dan Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp yang akan dihoskan oleh penyampai radio CLASS 95, Jean Danker dan penyampai 987 Joakim Gomez akan kembali ke 'Supertree Grove' untuk edisi keempat.

Konsert itu menjanjikan pelbagai acara yang menyeronokkan serta lagu-lagu yang bakal memukau para penonton.

Selain itu, para penonton boleh menyaksikan segmen komedi dengan para pelakon memainkan watak-watak yang digemari ramai.

Para peminat lagu Hari Kebangsaan 2005, 'Reach Out For The Skies' boleh menantikan persembahan versi baru lagu tersebut yang dinanyikan oleh Taufik Batisah dan Rui En.

Taufik Batisah juga akan membuat persembahan lagu Hari Kebangsaan 2022 'Lebih Kukuh Bersama' serta single beliau 'Awak Kat Mane'.

Penyanyi rap tempatan Yung Raja dan penyanyi Shabir juga akan membuat persembahan untuk memeriahkan lagi konsert itu.

Yung Raja akan menyampaikan lagu 'hit' beliau 'Spice Boy' dan Shabir pula akan menyanyikan lagu terbaru beliau 'Rubaiyat Kavithai' di konsert tersebut.

Tiket-tiket percuma persembahan secara langsung itu yang dikeluarkan pada 25 Julai sudah habis direbut orang ramai.

Namun, anda tidak perlu khuatir kerana anda masih boleh menyaksikan siaran langsung konsert itu di Supertree Grove.

Para penonton juga boleh mendapat peluang untuk bertemu dan bersalaman dengan barisan artis daripada rancangan tempatan termasuk Sunny Side Up dan Anak Metropolitan 4.0.

Bayangkan anda dapat mendengar alunan muzik di samping artis kegemaran anda. Seronok bukan?

"Kami tidak sabar untuk berganding bahu dengan Taman Di Pesisiran buat kali keempat dalam konsert bersama untuk menyambut ulang tahun Singapura yang ke-57," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mediacorp Tham Loke Kheng dalam satu kenyataan media.

"Ini adalah hadiah kami kepada negara. Ia adalah perayaan untuk mengesahkan daya tahan dan pencapaian masyarakat kami. Kami harap mereka yang datang ke konsert itu dan para penonton yang bakal menyaksikan persembahan khas di platform Mediacorp akan terhibur dengan persembahan daripada artis-artis tempatan."

Selain ulang tahun ke-57 Singapura, konsert itu juga meraikan ulang tahun kesepuluh Taman di Pesisiran.

"Dua tahun yang lalu adalah masa yang sangat mencabar. Kami sudah bekerja keras untuk menyambung semula banyak acara awam utama kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Taman di Pesisiran, Felix Loh.

Konsert itu akan ke udara di meWATCH, saluran 5 Mediacorp dan Youtube Mediacorp Entertainment pada 13 Ogos pada pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut anda boleh lungsuri https://www.mediacorp.sg/nationalday/ndc.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan