Taufik Batisah bakal naik pelamin
Pemenang Singapore Idol yang pertama, Taufik Batisah, bakal naik pelamin bulan depan.
SINGAPURA: Pemenang Singapore Idol yang pertama, Taufik Batisah, bakal naik pelamin bulan depan.
Difahamkan, Taufik, 33 tahun, akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis Singapura.
Hype Records mengesahkan kepada MediaCorp hari ini bahawa Taufik akan melangsungkan pernikahannya pada April ini, dan kad jemputan perkahwinan bakal dihantar kepada para tetamu minggu depan.
Majalah Manja terbitan MediaCorp, dalam terbitan 23 Februari, merupakan media pertama untuk membayangkan bahawa seorang selebriti yang "ramai peminatnya yang berbilang bangsa" - merujuk kepada Taufik Batisah - bakal melangsungkan majlis walimatul urus tidak lama lagi.
Bahkan beliau sudah pun memilih pakej pengantinnya, dedah edisi terbaru Manja, yang mula berada di pasaran sejak dua minggu lalu.
Sebelum ini, terdapat desas desus yang mengaitkan penyanyi dan penulis lagu popular itu dengan pelakon Malaysia, Nur Fazura Sharifuddin – kedua-dua mereka merupakan ahli panel pengadil bagi pertandingan komedi Maharaja Lawak Mega.
Pihak kami cuba menghubungi Taufik untuk diwawancara. Bagaimanapun panggilan ke telefon Taufik tidak dijawab. Taufik, #awakkatmane...
Namun, Taufik kemudian memberi komen dan mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah peminat dan orang ramai, menerusi kenyataan oleh Hype Records:
“Thank you everyone for your kind words and well wishes. Similarly to how we have shared both joys and tears together throughout my career, I would also like to share this personal joy with all of you.
"I am glad to have finally found the special someone whom I can share my future with. She is not in the entertainment business… I have always been private in terms of my personal life thus I seek your kind understanding that I sincerely will like to protect her privacy.
"Going forward, I hope that my passion for work and my family can co-exist beautifully together. It will be a pretty hectic time for us leading to the wedding with all the preparations. I do hope that you will continue to support and pray for the best of us.”
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.