Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarikh tutup permohonan Geran Sokongan COVID-19 dilanjutkan hingga 31 Dis

Sedang kesan ekonomi COVID-19 terus membebani penduduk dan warga Singapura, Pemerintah komited untuk terus menghulurkan bantuan kepada penduduk mengharungi masa sukar ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tarikh tutup permohonan Geran Sokongan COVID-19 dilanjutkan hingga 31 Dis

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

SINGAPURA: Sedang kesan ekonomi COVID-19 terus membebani penduduk dan warga Singapura, Pemerintah komited untuk terus menghulurkan bantuan kepada penduduk mengharungi masa sukar ini.

Oleh itu, tarikh tutup permohonan bagi Geran Sokongan COVID-19 turut akan dilanjutkan hingga 31 Disember tahun ini, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Masagos Zulkifli dalam catatan Facebook hari ini (22 Sep).

MSF hari ini mengumumkan kriteria kelayakan baru bagi permohonan geran tersebut mulai 1 Oktober.

Menurut MSF, para pemohon tidak boleh memiliki lebih daripada satu hartanah.

Rakyat atau penduduk tetap negara ini yang sedang menganggur harus membuktikan mereka sudah berusaha mencari kerja atau menjalani latihan untuk menerima Geran Sokongan COVID-19.

Geran Sokongan COVID-19 berjumlah sehingga S$800 diberikan selama tiga bulan kepada pekerja yang hilang pekerjaan atau diletakkan di bawah cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut disebabkan oleh kesan ekonomi COVID-19.

Pekerja yang gaji bulanan mereka dipotong sekurang-kurangnya 30 peratus selama sekurang-kurangnya tiga bulan juga akan menerima geran sehingga S$500 sebulan.

Mereka yang ingin membuat permohonan bagi Geran Sokongan COVID-19 boleh berbuat demikian menerusi online di laman go.gov.sg/CSG.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan