Tarikh penutup pendaftaran ibadah korban SalamSG Korban mungkin dilanjutkan
Anggaran Waktu Membaca:

Kambing di Australia. (Gambar hiasan: Peter Parks/AFP)
BERITAMediacorp: Jawatankuasa di bawah Gerakan SalamSG (SSGM), iaitu SalamSG Korban mungkin melanjutkan tarikh penutup pendaftaran ibadah korban yang dikendalikannya.
Tempahan dan pembelian kambing korbannya dibuka pada 15 Mei dan dijadualkan ditutup pada 1 Julai, tertakluk kepada ketersediaan bekalan.
"Dengan adanya permintaan yang tinggi, pihak SalamSG Korban akan mempertimbangkan saranan-saranan untuk melanjutkan tarikh untuk penjualan kambing korban. Pengumuman akan dibuat tidak lama lagi," dedah Ketua SalamSG Korban, Mohamad Rafi Eusope kepada BERITAmediacorp.
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan jumlah kambing korban yang sudah ditempah sejauh ini.
4,500 kambing akan ditawarkan MUIS buat ibadah korban tahun ini. dengan 3,546 ekor kambing sudah ditempah setakat 15 Jun, iaitu sebulan selepas tempahan dibuka.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.