Tarikh akhir untuk bank henti proses cek korporat dilanjutkan ke hujung 2026
Bank-bank di Singapura akan dibenarkan untuk memproses cek korporat hingga akhir 2026.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bank-bank di Singapura akan dibenarkan untuk memproses cek korporat hingga akhir 2026.
Ini bagi memberikan lebih masa kepada entiti dan perniagaan korporat untuk mendakapi kaedah pembayaran elektronik, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Persatuan Bank di Singapura (ABS) pada Khamis (5 Dis).
Pihak berkuasa juga akan melancarkan dua kaedah pembayaran tertunda elektronik (EDP) baharu pada pertengahan 2025 bagi menyokong peralihan kepada kaedah pembayaran elektronik bagi entiti korporat dan individu atau pengguna cek, runcit.
Pada Julai 2023, MAS mengumumkan ia akan menghentikan penggunaan cek korporat denominasi dolar Singapura dan kesemua bank di Singapura akan henti mengeluarkan buku cek korporat baharu menjelang akhir tahun 2025.
Ia juga menyatakan bahawa para individu masih boleh menggunakan cek-cek tersebut "selama tempoh menjangkaui 2025".
"MAS dan pihak bank telah menilai bahawa lebih banyak waktu harus diberikan kepada syarikat-syarikat korporat untuk membiasakan diri dengan kaedah pembayaran elektronik baharu dan sedia ada" dan beralih dari penggunaan cek kepada huraian EDP, kata MAS dan ABS pada Khamis.
Tarikh akhir untuk berhenti memproses cek-cek korporat justeru dilanjutkan selama setahun kepada 31 Disember 2026, manakala terdapat perubahan kepada tarikh akhir asal untuk pihak bank henti mengeluarkan buku-buku cek baharu untuk syarikat korporat.
Pihak berkuasa menambah para penerima cek korporat perlu menghantar cek untuk diproses terlebih awal sebelum tarikh 31 Disember 2026, bagi memastikan cek-cek mereka dapat diproses sebelum tarikh akhir itu.
KAEDAH BAYARAN TERTANGGUH ELEKTRONIK BAHARU
ABS dan tujuh Bank Penting Secara Sistematik Dalam Negeri (D-SIBs) akan melancarkan dua kaedah bayaran elektronik baharu, EDP dan EDP+ pada pertengahan tahun 2025.
Tujuh D-SIBs itu adalah Citibank, DBS Bank, HSBC, Maybank, OCBC Singapore, Standard Chartered Bank dan UOB.
BERALIH DARIPADA PENGGUNAAN CEK
MAS telah mengeluarkan kertas perundingan pada November 2022, di mana ia mengusulkan peta jalan bagi menamatkan penggunaan cek di Singapura.
Ini dilaksanakan di tengah-tengah penggunaan cek yang berkurangan oleh pihak korporat dan individu di Singapura, yang lebih memilih huraian pembayaran elektronik.
Nilai urus niaga cek tahunan merosot sebanyak sekitar 80 peratus daripada 61 juta pada 2016 kepada kurang 14 juta pada 2023, menurut MAS dan ABS.
Sungguhpun demikian, MAS dan ABS menambah bahawa cek runcit akan terus ditawarkan serta 'cashier's order' dan cek dolar Amerika bagi kedua-dua pelanggan korporat dan runcit.
Bank runcit utama di Singapura akan terus mengecualikan yuran khidmat cek untuk warga emas.
Mereka yang berminat dipelawa untuk memberi maklum balas mengenai kertas perundingan yang membutirkan pelan peralihan dari cek kepada kaedah pembayaran elektronik sebelum 17 Januari 2025.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.