Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarikh akhir semak prosedur keselamatan dilanjutkan hingga 30 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Tarikh akhir semak prosedur keselamatan dilanjutkan hingga 30 Sep

Gambar Hiasan: MOM

Diterbitkan : 21 Sep 2022 02:46PM Dikemas Kini : 21 Sep 2022 02:48PM
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memberikan syarikat-syarikat 15 hari lagi untuk menyemak prosedur-prosedur keselamatan yang diwajibkan selepas menerima maklum balas bahawa lebih banyak masa diperlukan untuk berbuat demikian.

Ini melanjutkan tarikh akhir dari 30 September sehingga 1 Oktober, dengan MOM akan menjalankan pemeriksaan pematuhan dan akan mengambil tindakan menggantung kerja terhadap syarikat-syarikat yang didapati belum selesai melaksanakan semakan yang diwajibkan itu, menurut MOM dalam catatannya di Facebook.

MOM mengumumkan pada awal bulan ini bahawa syarikat-syarikat lebih berisiko dikehendaki melaksanakan semakan pada prosedur-prosedur keselamatan mereka bagi meneliti dan menyemak amalan masing-masing dari 1 September hingga 15 September sebagai sebahagian daripada langkah-langkah yang diperkenalkan di bawah tempoh semakan itu.

Syarikat-syarikat yang gagal berbuat demikian akan dilarang daripada menggajikan pekerja hijrahan baru selama sebulan. Ia adalah kali pertama semakan seumpama itu dikuatkuasakan.

Syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu dikuatkuasakan ke atas semua syarikat dalam industri binaan, pengilangan, marin, pemprosesan atau pengangkutan serta industri penyimpanan dan industri yang menggunakan kenderaan berat.

MOM menyatakan pada Rabu (21 Sep) bahawa kementerian tersebut dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC) menerima maklum balas yang menunjukkan industri-industri berkenaan menyokong langkah-langkah keselamatan yang dipertingkat tetapi memerlukan lebih masa untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjalankan semakan yang teliti ke atas amalan-amalan keselamatan masing-masing.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan