Tarif Trump: Pasukan bertindak akan beri tumpuan kepada usaha dampingi syarikat & pekerja, kongsi maklumat
Anggaran Waktu Membaca:

Encik Gan Kim Yong berucap di parliamen pada 8 Apr 2025.
SINGAPURA: Sebuah pasukan bertindak yang baharu akan ditubuhkan untuk membantu syarikat-syarikat perniagaan dan para pekerja mengharungi kesan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat baru-baru ini yang akan memberi tumpuan kepada komunikasi dan perkongsian maklumat, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong pada Selasa (8 Apr).
Sebagai contoh, ia akan mengumpul maklumat daripada para wakil sektor swasta mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat perniagaan di lapangan dan bagaimana pemerintah boleh menyokong mereka.
Pekerjaan juga mungkin terjejas dalam jangka sederhana hingga panjang, memandangkan ekonomi mungkin akan "disusun semula secara besar-besaran", itulah sebabnya para wakil kesatuan akan disertakan dalam pasukan bertindak tersebut, kata Encik Gan yang mempengerusikan pasukan bertindak itu.
Diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong semasa menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen pada Selasa (8Apr), pasukan bertindak itu merancang untuk membantu syarikat-syarikat perniagaan dan pekerja menangani ketidaktentuan dengan serta-merta, di samping mengukuhkan daya tahan dan menyesuaikan diri dengan landskap ekonomi yangbaharu.
Ia akan terdiri daripada agensi-agensi ekonomi Singapura, serta Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
Firma-firma Singapura sedang bersiap sedia menghadapi ketidakpastian selanjutnya apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif yang meluas.
Menurut DPM Gan, pasukan bertindak itu masih melakar butiran komposisi dan tugas utamanya, sambil menambah bahawa prinsip utama pemerintah adalah "setelus mungkin".
"Apabila kita mengetahui sesuatu yang penting, kita akan berkongsi dengan penduduk, dengan syarikat-syarikat perniagaan, dengan para pekerja, dengan kesatuan sekerja dan dengan para Anggota (Parlimen)," katanya.
"Apabila kami belum tahu lagi, kami akan memberitahu anda secara jujur bahawa kami tidak mempunyai maklumat mengenainya".
Beliau menambah bahawa ia masih awal dan pemerintah akan memerlukan masa untuk memahami dan menilai kesan tarif Amerika terhadap ekonomi Singapura.
Pada masa yang sama, pemerintah sedang mendampingi rakan-rakan dagang Singapura untuk berkongsi maklumat dan penilaiannya terhadap keadaan, serta mencari cara yang berbeza untuk bekerjasama, kata Encik Gan.
KEBIMBANGAN MENGENAI KESAN TARIF
Beberapa Anggota Parlimen telah membangkitkan kebimbangan tentang bagaimana tarif terkini Amerika akan memberi kesan kepada syarikat-syarikat perniagaan dan pengguna tempatan, sambil menanyakan butiran lanjut mengenai pasukan bertindak itu.
Menarik perhatian bahawa tarif Amerika mungkin akan dikenakan ke atas industri semikonduktor, Encik Saktiandi Supaat (PAP-Bishan-Toa Payoh) bertanya tentang kesan tarif tersebut terhadap pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.
DPM Gan berkata kesan tarif ke atas industri semikonduktor adalah "sesuatu... yang amat membimbangkan" kerana eksport semikonduktor Singapura ke Amerika Syarikat membentuk kira-kira 8.9 peratus daripada jumlah eksport barangan Singapura ke negara itu.
Ini bersamaan 0.8 peratus daripada jumlah eksport barangan Singapura ke pasaran dunia tahun lalu - jumlah yang "bukan kecil", kata DPM Gan.
Pemerintah telahpun mendampingi industri semikonduktor dan akan terus berbuat demikian, kata DPM Gan.

Sumber : CNA/IM/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.