Skip to main content

Singapura

Tarif gas, elektrik lebih rendah bagi Q1 2026

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Isi rumah di Singapura akan membayar tarif gas dan elektrik lebih rendah pada suku pertama 2026 menyusuli penurunan kos bahan api dan tenaga.

Tarif elektrik isi rumah bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, sebelum cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), akan turun sebanyak 0.84 sen setiap kilowatt sejam (kWj) berbanding suku sebelumnya, kata SP Group pada Selasa (30 Dis).

Ini menandakan penurunan sebanyak 3 peratus berbanding tarif bagi tempoh Oktober hingga Disember tahun ini.

“Purata bil elektrik bulanan bagi keluarga yang menetap di flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan berkurangan sebanyak S$3.17, sebelum GST,” kata pengendali grid negara itu dalam kenyataan medianya.

“Secara keseluruhannya, tarif elektrik sebelum GST, termasuk tarif bagi bukan isi rumah, akan menurun secara purata sebanyak 3.1 peratus atau 0.84 sen setiap kWj berbanding suku sebelumnya,” tambah kenyataan tersebut.

Tarif gas bagi isi rumah juga akan lebih rendah dari Januari hingga Mac tahun depan, dengan penurunan sebanyak 0.67 sen setiap kWj sebelum GST, menyusuli kos bahan api lebih rendah berbanding suku sebelumnya, kata City Energy pada Selasa (30 Dis).

Tarif itu akan diturunkan daripada 22.35 sen setiap kWj kepada 21.68 sen setiap kWj, katanya lagi.

SP Group dan City Energy masing-masing menyemak tarif elektrik dan gas setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

Komponen kos tenaga bagi tarif elektrik setiap suku tahun ditetapkan berdasarkan purata harga gas asli dalam dua setengah bulan pertama suku sebelumnya.

Komponen kos bahan api bagi tarif gas setiap suku tahun pula ditetapkan menggunakan purata harga bahan api bagi tempoh yang sama.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita