Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarif elektrik turun 4.7% bagi 1 April hingga 30 Jun

Tarif elektrik secara purata dijangka turun sebanyak 4.7 peratus bagi tempoh tiga bulan akan datang, menurut SP Group hari ini (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Mar 2019 03:48PM Dikemas Kini : 31 Mar 2019 11:46PM

SINGAPURA: Tarif elektrik secara purata dijangka turun sebanyak 4.7 peratus bagi tempoh tiga bulan akan datang, menurut SP Group hari ini (31 Mac).

Sebahagian besar penurunan 4.7 peratus atau 1.10 sen bagi setiap kilowatt jam (kWh) itu disebabkan oleh kos gas asli yang lebih rendah bagi penjanaan elektrik, berbanding suku sebelumnya.

Tarif elektrik bagi penggunaan di rumah akan turun dari 23.85 sen kepada 22.79 sen bagi setiap kilowatt jam, dari 1 April hingga 30 Jun.

Ini bermakna purata bil elektrik bulanan bagi keluarga-keluarga yang menetap di flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan turun sebanyak S$3.62.

SP Group menyemak tarif elektrik setiap tiga bulan berdasarkan garis pandu yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), iaitu pengawal selia industri elektrik. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan