Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarif elektrik naik 6.9%, Julai-September

Tarif elektrik akan dinaikkan purata 6.9 peratus atau 1.50 sen sekilowat jam (kWh) bermula 1 Julai hingga 30 September tahun ini, berbanding suku sebelumnya, menurut SP Group hari ini (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif elektrik naik 6.9%, Julai-September

Gambar fail: Xabryna Kek

Diterbitkan : 29 Jun 2018 10:53AM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 10:56AM

SINGAPURA: Tarif elektrik akan dinaikkan purata 6.9 peratus atau 1.50 sen sekilowat jam (kWh) bermula 1 Julai hingga 30 September tahun ini, berbanding suku sebelumnya, menurut SP Group hari ini (29 Jun).

Ini sebahagian besarnya disebabkan kos gas asli lebih tinggi bagi menjana elektrik, dedahnya.

Bagi keluarga, tarif elektrik akan naik dari 22.15 kepada 23.65 sen setiap kWh dan bil elektrik bulanan purata bagi keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik dijangka naik sebanyak S$5.61.

SP Group menyemak tarif elektrik setiap suku berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), iaitu pengawal selia industri elektrik.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan