Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarif elektrik naik 6.4% tiga bulan seterusnya

Tarif elektrik akan dinaikkan mulai 1 Jul hingga 31 Sep tahun ini, menurut SP Group pada Sabtu (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif elektrik naik 6.4% tiga bulan seterusnya

(Gambar: Ian Cheng)

Diterbitkan : 29 Jun 2019 01:08PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 03:36PM

SINGAPURA: Tarif elektrik akan dinaikkan mulai 1 Jul hingga 31 Sep tahun ini, menurut SP Group pada Sabtu (29 Jun).

Kenaikan tarif elektrik sebanyak 6.4 peratus atau 1.43 sen bagi setiap kilowatt jam (kWh), berbanding suku sebelumnya, sebahagian besarnya disebabkan oleh kos gas asli lebih tinggi bagi menjana elektrik.

Dengan ini, tarif elektrik isi rumah akan naik dari 22.79 kepada 24.22 sen bagi setiap kWh mulai 1 Jul hingga 30 Sep. Ini bermakna bil elektrik bulanan purata bagi keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik akan naik sebanyak S$5.20.

SP Group mengkaji semula tarif elektrik setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), iaitu pengawal selia industri elektrik. 

Pembekal gas City Gas juga mengumumkan pada Sabtu bahawa ia akan menaikkan tarif gas bagi penggunaan di rumah sebanyak 1.6 peratus atau 0.30 sen bagi setiap kilowatt jam (kWh) dari 1 Jul hingga 30 Sep,

Menurut City Gas, kenaikan itu disebabkan oleh kos bahan api lebih tinggi berbanding suku sebelumnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan