Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarif elektrik naik 2.1% dari Oktober hingga Disember 2018

Tarif elektrik akan dinaikkan purata 2.1 peratus atau 0.48 sen bagi setiap kilowat sejam (kWh) mulai 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini, berbanding suku sebelumnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Sep 2018 10:04AM Dikemas Kini : 29 Sep 2018 11:05PM

SINGAPURA: Tarif elektrik akan dinaikkan purata 2.1 peratus atau 0.48 sen bagi setiap kilowat sejam (kWh) mulai 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini, berbanding suku sebelumnya. Demikian diumumkan oleh SP Group pada Sabtu (29 Jun).

Sebahagian besar kenaikan itu disebabkan oleh kos gas asli yang lebih tinggi bagi menjana elektrik, menurut SP Group dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Bagi keluarga, ini bermakna tarif elektrik naik dari 23.65 kepada 24.13 sen bagi setiap kWh. Bil elektrik bulanan purata bagi keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik naik sebanyak S$1.76.

(Gambar: SP Power)

SP Group menyemak tarif elektrik setiap suku berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), iaitu pengawal selia industri elektrik. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan