Skip to main content

Singapura

Tarif elektrik, gas lebih tinggi pada Julai-September

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif elektrik, gas lebih tinggi pada  Julai-September

Flat HDB di Toa Payoh pada waktu malam. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

SINGAPURA: Harga gas dan elektrik akan naik untuk tiga bulan akan datang dari Julai hingga September disebabkan kos tenaga yang lebih tinggi.

Berbanding suku sebelumnya, tarif elektrik akan naik secara purata sebanyak 0.3 peratus atau 0.09 sen setiap kilowatt sejam (kWh), sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata SP Group pada Jumaat (28 Jun).

Purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan naik sebanyak S$0.35 sebelum GST, kata SP Group.

Sementara itu, tarif gas untuk isi rumah akan naik 0.30 sen setiap kWh sebelum GST, kata City Energy, pengeluar dan peruncit gas berpaip.

Ia naik daripada 23.12 sen setiap kWh kepada 23.42 sen setiap kWh bagi tempoh tiga bulan akan datang.

SP Group kata ia menyemak tarif elektrik setiap suku, berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

City Energy juga menyemak tarif gas berdasarkan garis panduan EMA.
Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita