Tarif elektrik, gas lebih rendah bagi Apr hingga Jun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Isi rumah di sini akan mendapat bil elektrik dan gas yang lebih rendah bagi tempoh April hingga Jun disebabkan harga tenaga yang lebih rendah.
Berbanding tiga bulan sebelumnya, tarif elektrik dikurangkan sebanyak 0.3 peratus atau 0.10 peratus setiap kilowatt sejam (kWh) sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata pengendali grid nasional SP Group pada Khamis (28 Mac).
Ini bermakna bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di flat empat bilik HDB akan berkurangan sebanyak S$0.33 sebelum GST.
Tarif gas sebelum GST juga akan turun sebanyak 0.03 sen setiap kWj, daripada 23.15 sen setiap kWj kepada 23.12 sen setiap kWj untuk suku akan datang, kata City Energy.
Tarif elektrik dan gas itu lebih rendah selepas meningkat selama tiga suku berturut-turut.
SP Group, yang memiliki dan mengendalikan rangkaian elektrik Singapura, mengkaji semula tarif elektrik setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pengawal selia industri, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

Isi rumah warga Singapura yang layak dan tinggal di flat HDB akan menerima rebat U-Save dan yuran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC).
Rebat tersebut dikeluarkan pada bulan April, Julai, Oktober dan Januari setiap tahun, adalah sebahagian daripada skim Baucar GST kekal dan Pakej Jaminan.
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan dalam ucapan Belanjawan 2024 bahawa Pakej Jaminan akan ditambah lagi S$1.9 bilion.
Akan ada faedah U-Save tambahan untuk menjadikan jumlah rebat U-Save sehingga S$950, atau dua setengah kali ganda daripada jumlah biasa.
Terdapat juga tambahan setengah bulan rebat S&CC pada Januari 2025, sehingga empat bulan rebat S&CC pada tahun kewangan 2024.

Sumber : CNA/SU/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.